Program Imam Muda nie baru jer menjalankan ujibakat di lokasi lokasi tertentu... alhamdulillah.. memang mendapat sambutan.. kalau tak macam mane ade untuk musim kedua kan.. bagus lar.. beri peluang serta teruskan misi mencari bakat bakat baru untuk menjadi imam.. secara tak langsung program nie boleh mengurangkan aktiviti sosial serta tak berfaedah remaja... :)
Seperti Program Imam Muda musim pertama, bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz masih dikekalkan sebagai Mudir. Program ini juga mendapat sokongan yang amat amat menggalakkan daripada dalam serta luar negara.. kalau tak percaya bace nie....
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata, keterbukaan Astro mengalu-alu penyertaan antarabangsa adalah berdasarkan permintaan yang menggalakkan daripada peminat yang mengikuti program tersebut pada musim lalu. "Maklum balas menggalakkan dapat dilihat di laman sosial Facebook daripada peminat-peminat program itu dari Timur Tengah, Perancis, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat. "Kami menjangkakan kehadiran peserta antarabangsa ini mampu meningkatkan persaingan yang sihat di kalangan peserta dalam program ini," katanya.
so amacam?? percaya tak.. wah! orang overc pun nak join.. memang terbaek lar.. okes.. pada teruna teruna malaya yang berminat bole pi kat tempat tempat ujibakat yang di tetapkan...
- Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru 22 dan 23 Januari
- Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan (28-29 Januari)
- Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah (11 - 12 Februari)
- Masjid Negeri Sultan Ahmad 1,Kuantan,Pahang (19-20 Februari)
- Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) 26 - 27 Februari
- Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (5 - 6 Mac)
Imam Muda musim kedua ini juga akan disiarkan secara rasmi pada 25 April 2010...
p/s/s:: ape lagi.. jom join!
No comments:
Post a Comment