Rakyat Jelata

Saturday, October 23, 2010

MELAKA status maju 2010....

petikan berita daripada:: berita harian 0n9





Melaka yang suatu masa dulu pernah menguasai rantau ini sebelum jatuh ke tangan Portugis kira-kira 500 tahun lalu, mencatat sejarah apabila diisytiharkan sebagai negeri maju malam tadi.
Pengisytiharan itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi sidang video dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sambil disaksikan kira-kira 50,000 penonton di Stadium Hang Jebat, di sini.
Status maju yang diperoleh Melaka ini diiktiraf oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), sebuah organisasi antarabangsa berpangkalan di Paris dan dianggotai 33 negara termasuk Amerika Syarikat, selepas berjaya melepasi 29 daripada 32 petunjuk ditetapkan.

Dalam ucapan ringkas yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, bermula jam 8.07 malam itu, Najib berkata pencapaian kerajaan Melaka itu adalah selari dengan empat tunggak utama digariskan dalam Wawasan 2020.
Sambil memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi sokongan padu kepada usaha Mohd Ali itu, beliau berkata, rakyat negeri ini harus berasa bangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan berwawasan membangun negeri.

“Saya bagi pihak warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, berasa bangga di atas pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Melaka,” katanya yang kemudian menandatangani pengisytiharan itu. 
Antara yang hadir bersama Perdana Menteri di PWTC, pada majlis bersejarah itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir semua presiden parti komponen Barisan Nasional (BN).

Mohd Ali dalam ucapannya, mengajak rakyat negeri ini untuk bersama-sama berganding bahu dengan beliau dan kerajaan negeri untuk menjayakan visi Melaka selepas ini iaitu Negeri Bandar Teknologi Hijau sehingga 2020.

Sempena pengisytiharan itu, Mohd Ali, semalam melancarkan monorel yang dibangunkan dengan kos RM15.9 juta.

Perkhidmatan pengangkutan lebih bersifat rekreasi pelancongan itu menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya sejauh 1.6 kilometer.

Sementara itu, hari ini [20/10/2010] diisytiharkan cuti umum di Melaka sempena kejayaannya mendapat status negeri maju.



beca yg sinonim dengan Melaka
tinggalan sejarah yg begitu berharga



salah satu tarikan di Melaka





notakakiku:: walaupun study di newcastle, 
akyn berbangga menjadi rakyat negeri melaka...

copyright TM


2 comments:

  1. hoihh!!!!!!!!!!
    macam bangger je owang tuh wat entri sal melaka..hahah=p
    kecik je melaka..wekks!

    ReplyDelete
  2. weekkss.. ;p
    bior er.. kecik tp berharga...
    tumpuan pelancong..
    slah satu negeri yg menyumbg kpd
    ekonomi negara.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

generasi pendidik millenium..

Daisypath Friendship tickers