Rakyat Jelata

Sunday, October 3, 2010

Bila buat filem pakai otak!! [jom tgok filem Magika!!]

~ petikan dari Utusan Malaysia Online - Hiburan ....
[sya sokong filem tempatan] credit tuk penulis artikel nie.. :)



Bila buat filem pakai otak! 

Sabtu lalu, saya sempat menemani anak-anak ke pawagam menyaksikan Magika, sebuah filem yang barangkali dilihat sebahagian orang sebagai sebuah filem khayal lagi mengkhayalkan. Nama pun filem ‘ala-ala Alice In Wonderland’, mestilah banyak fantasinya, apatah lagi ini filem muzikal yang sarat dengan elemen bunyi dan warna-warni.
Saya teringat seorang insan seni pernah memberitahu saya, ada bezanya hasil kerja seorang pengarah yang punya otak, dan juga pengarah yang menggunakan ‘kepala lutut’ saat di lokasi.

Bunyinya kasar bukan? Tetapi itu adalah realiti yang kita sedang depani. Banyak benar orang yang mengaku sebagai pengarah filem atau drama yang tak guna otak kala membuat kerja pengarahan.
Bagaimana untuk kenal pasti antara pengarah yang ada otak dan pengarah yang menggunakan ‘kepala lutut’ bila buat filem? Mudah saja, pengarah yang punya otak akan menyampaikan medium seninya tanpa memalukan dirinya sendiri. Seperti Dr Hatta Azad Khan menjadikan Senario lebih ‘cerdik’ dalam filem terbarunya, itu juga adalah lambang kerja keras pengarah yang punya maruah diri yang hebat.




Dan selepas menyaksikan Senario Asam Garam dan Magika, saya lebih faham tentang apa filem yang dimaksudkan oleh rakan berkenaan.
Magika contohnya, sebuah filem yang biasa-biasa saja. Alah, filem budak-budak, apa yang istimewa sangat?
Tetapi di situ terletaknya kecanggihan kreativiti. Kreativiti boleh menukarkan sesuatu yang biasa-biasa saja, menjadi luar biasa.

Kreativiti itulah menjadikan saya sangat bangga dengan pengarahnya, Edry Abdul Halim. Saya menganggap sentuhan pertama Edry selaku pengarah filem juga sehebat abangnya, Yusry, melalui Cicakman sebelum ini.
Filem sulung mereka tidak memalukan diri sendiri dan legasi kesempurnaan KRU diperturunkan melaluinya.
Setiap babak dan watak ringkas, sesuai untuk kanak-kanak tetapi yang dewasa menonton tidak berasa diperbodohkan.
Mengumpulkan lebih 20 artis gred A, hanya barangkali Siti Nurhaliza saja tiada. Yang namanya artis popular lain, semua bersatu dalam Magika. Itu sudah sesuatu yang magis.

Tetapi Edry bukan mahu ‘menumpang’ nama-nama besar Aznil, Ziana Zain atau M. Nasir sekalipun Maya Karin.
Dibawa mereka ke set, tetapi dalam waktu yang sama kekuatan watak yang diberikan kepada setiap seorang dari mereka menjadikan Magika cukup rencah, walaupun kemunculan mereka hanya barangkali melalui satu babak.
Paling berjaya, sudah pasti bendahara Melaka ‘dua alam’ di tangan Sabri Yunus. Hanya satu adegan, tetapi daya pengaruhnya luar biasa dan Sabri saya angkat sebagai ‘Pelakon Terbaik’ Magika.
Sampai hari ini saya masih terngiang-ngiang dialog lucunya “Doh dulu Tueku sombong, Sultan Melako nok, Tueku tok sir, mitok hati nyamuklah, hati pijatlah, mace-mace.” (Dah dulu Tuanku sombong, Sultan Melaka hendak, Tuanku tak mahu. Minta hati nyamuk, hati pepijat, macam-macam).
Gandingan dengan Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang yang lapuk dalam hanya satu babak, Sabri ‘pukul’ habis.

Begitu juga kemunculan M. Nasir, hanya dalam versi orang tua berjanggut yang berkerudung, bertapa di Tasik Cini, tetapi getarannya menyentap pancaindera.
“Nak ke mana kamu bertiga? Jangan sampai bangunkan naga.” Hanya itu dialog yang dituturkan dalam Magika tetapi kemudian ia berulang-ulang dalam pelbagai rentak dan melodi, hasilnya indah sekali.
Jarang ada filem muzikal Melayu dan Edry melakukannya dengan sangat baik. Lagu-lagunya menjadi dekat dan selama satu setengah jam, anak saya (yang biasanya akan tidur atau membuat bising kala di panggung), dapat meneruskan tontonnya sehingga ke garis penamat.
Selkarang saya tidak sabar lagi menantikan kehadiran Hikayat Merong Mahawangsa, juga idea canggih adik beradik KRU. Lalu ada sebab kenapa saya berbangga menjadi wartawan yang membesar bersama-sama dengan legasi tiga beradik ini. Selamat beristirehat!

notakaki: nak sgt3 tgok filem magika... sape2 ade roger2 ek...

copyright TM

4 comments:

  1. so, what do u think about filem magika nii?? secara keseluruhannya apa objektif dan matlamat yang ingin ditonjolkan?

    ReplyDelete
  2. urm.. erk.. [cam nk jwab soklan spm lak]...
    rase2 nyer cter nie lebey ke arah fantasi.. ala2 alice in wonderland..
    but in da same tyme die msokkan unsur2 tauladan kowt..
    brdsarkan himpunan kisah2 dongeng zaman dulu kala..
    actually sya xtau sgt.. sbb blum tgok.. juz bace feedback orang ramai.. :)

    ReplyDelete
  3. akyn,sebenarnya xde bezanya antara filem fantasi malaywood dgn hollywood.cuma garapan dan sentuhan tue jauh sgt bezanya.khayalan owg kita kuat gak,jauh tapi tak mampu nak adaptasi dlm bentuk yg betul2 memukaukan.kita lbh byk komedi dr serius gitu..ape saje genre sentuhan komedi terlalu ketara.malah nampak mcm bego(bodoh).

    ReplyDelete
  4. beskut~ urm... mayb kowt...
    xpi laen orang len pndapat nyer...
    n xsume orang akan suke pde genre film yg same kan...
    xpi ape2 un pngarah n team produksi film tmpatan
    dah buat yg terbaek,...
    sbgai pnonton n pmnat, ape yg kite boley buat
    juz bg kritikan membina... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

generasi pendidik millenium..

Daisypath Friendship tickers