Rakyat Jelata

Saturday, October 16, 2010

Bajet itu Budget!!

Bajet Malaysia '2011' [15 Oktober 2010]



okey.. entry kali nie akyn dalam mood nk story2 pasal bajet lar.. 
yang nie bukan 'bajet' berlagak/baek tu ek.. tapi Bajet Malaysia..
sebab sekarang sume kecoh pasal bajet.. masing2 nk tau ada apa2
yg berubah, atau msih sama cam dulu2... yelah.. cam yg sudah2..
bentang bajet bagai nak rak.. tapi... yg jadinyer cikit ajer..
 xpun lmbat....peruntukan berbillion2 sana sini..
tp projek@hasil yg jadi???
akyn rase korunk sume tau kan....[sabar akyn]
akyn rase korunk sume dh tau kan pade 15/10/2010 
ada pembentangan Bajet 2011 oleh PM n Menteri Kewangan 
kite, bertempat di Dewan Rakyat... bajet kali nie ada tema tau...
"Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"
______________________________________________________________
Jumlah Bajet ~ RM212 bilion 
[2.8 pratus lebey tinggi drpd Bajet 2010]

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

::antara intipati bajet 2011::


* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn 
pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada 
RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman 
mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan
Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak
dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan 
petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan
pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran
 bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus
daripada jumlah aset yang 
diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker
saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha
sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan 
rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan 
bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat 
kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel 
secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor,
 Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk
mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan
tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai
landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri 
dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan 
hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan 
dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 
hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh 
cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda 
yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada 
RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan
daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina 
jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan 
luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi 
tujuan sama di Semenanjung Malaysia
[bagus lar.. senang kalau akyn kena posting ke sane..]

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan
sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

notakaki: point merah tu, akyn suke :))


copyrightTM

6 comments:

  1. heheh! tak sabar nak tggu tahun depan =.=

    ReplyDelete
  2. 'm guessing..
    brpa byk bjet bakal lesap..???

    ReplyDelete
  3. areay~ ko msti nk bershopping kan.. ahhaha... :))
    anonymous~ haha.. byak kot.. cam tahun2 sudah.. rcang itu ini..
    tp hasil nyer cikit ja..

    ReplyDelete
  4. aku dok tgu mane bajet tuk bidang pendidikan..xpuas ati ni sbb xdop..ksian kt kite..(bakal2 guru)..sumenye kne cut..nk voice out xde tmpt..wakil bpg xjdk dtg sbb kne cut bajet..patut kah???sgt xpas ati ngan gov!!!haha..ter'emo' plak..

    ReplyDelete
  5. wa~ hah.. rilex2 ar wa... kui3...
    aq un rase gitu.. xpuas atie.. program permata isteri PM dpt
    peruntukan RM11 bilion beb...
    x aci ler... :(

    amira~yeah.. mngikut peredaran masa... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

generasi pendidik millenium..

Daisypath Friendship tickers