assalamualaikum.. kembali di blog setelah 2 hari bercuti...huhu.. demam lar... ok.. UPSi... sape jer yang xtau pebenda UPSI nie kan... setahu akyn, kalau kite nak masok situ, pemohon wajib duduki ujian MEdSi dan interview... yang nie bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.. kalau program laen, akyn xtau sangat.. maybe lebey kurang sama kowt.. so, baru-baru nie akyn ade dengar salah seorang pemohon nie layak masuk ke UPSi tanpa di 'interview' terlebih dulu.. tup tup, dengar kata die terus dapat.. xyah attend interview langsung.. boleh ke macam tuh?? wah untung lar si pemohon tuh.. xyah nak risau pasal interview..
maybe dah rezeki dier kowt.. ade orang kata keputusan si pemohon
cemerlang.. tu yang xyah pi interview.. setahu akyn ade result yang
lagi cemerlang berbelas A, kena gak pi interview.. so, ape yang
membolehkan si pemohon dapat masuk sane, senang2 ajer?? pikir-pikir...
akyn ade bace Q&A kat laman web rasmi UPSi [kat ]
Q:Adakah pemohon wajib menduduki ujian MEdSi dan Temuduga?
A: Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI dan Temu duga.
kat atas nie ape yang akyn baca kat situ... maybe ade sebab
laen yang akyn xtau kowt.. xpun dah rezeki dier sendiri kan......
Melaka yang suatu masa dulu pernah menguasai rantau ini sebelum jatuh ke tangan Portugis kira-kira 500 tahun lalu, mencatat sejarah apabila diisytiharkan sebagai negeri maju malam tadi.
Filem muzikal Magika hampir capai sasaran kutipan kasar RM4 juta
FILEM muzikal yang kali pertama diketengahkan oleh trio adik-beradik daripada KRU Studios, Magika menunjukkan angka kutipan kasar memberangsangkan sekalipun temanya mungkin masih baru di dalam industri filem tempatan.
Magika menggabungkan cerita fantasi dan nyanyian mula ditayangkan pada 23 September lalu. Ia dijangka mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM3 juta hari ini selepas dua minggu ditayangkan.
Angka itu pastinya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada produser filem ini yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim, tetapi paling utama ia berita menggembirakan kepada adiknya, Edry.
Edry yang kali pertama menjadi pengarah, mengakui betapa dia bersyukur kerana percubaan pertamanya untuk memperkenalkan genre baru dalam bentuk muzikal dapat diterima ramai.
Laporan penuh berhubung cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk diganti dengan penilaian berdasarkan sekolah telah siap, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Katanya, ia akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi tarikhnya belum ditetapkan.
Beliau berkata, keputusan sama ada memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu perlu dibuat secara berhati-hati bagi memastikan ia merupakan satu keputusan yang memberi manfaat kepada pelajar sekolah di negara ini.
"Ia juga perlu memenuhi objektif kita yang melihat betapa pentingnya pembangunan modal insan ini diberi perhatian untuk melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah dalam sistem pendidikan kita," katanya ketika mengulas isu berkenaan pada sidang media selepas menutup Projek Pendidikan Malaysia-Australia untuk Afghanistan atau MAEPA di sini, hari ini.
Sabtu lalu, saya sempat menemani anak-anak ke pawagam menyaksikan Magika, sebuah filem yang barangkali dilihat sebahagian orang sebagai sebuah filem khayal lagi mengkhayalkan. Nama pun filem ‘ala-ala Alice In Wonderland’, mestilah banyak fantasinya, apatah lagi ini filem muzikal yang sarat dengan elemen bunyi dan warna-warni.
Saya teringat seorang insan seni pernah memberitahu saya, ada bezanya hasil kerja seorang pengarah yang punya otak, dan juga pengarah yang menggunakan ‘kepala lutut’ saat di lokasi.
Bunyinya kasar bukan? Tetapi itu adalah realiti yang kita sedang depani. Banyak benar orang yang mengaku sebagai pengarah filem atau drama yang tak guna otak kala membuat kerja pengarahan.
Bagaimana untuk kenal pasti antara pengarah yang ada otak dan pengarah yang menggunakan ‘kepala lutut’ bila buat filem? Mudah saja, pengarah yang punya otak akan menyampaikan medium seninya tanpa memalukan dirinya sendiri. Seperti Dr Hatta Azad Khan menjadikan Senario lebih ‘cerdik’ dalam filem terbarunya, itu juga adalah lambang kerja keras pengarah yang punya maruah diri yang hebat.