,.-~*´¨¯¨`*·~-.¸-(ASSALAMUALAIKUM)-,.-~*´¨¯¨`*·~-.¸
PART 3 menyusul pula.. kali nie akyn updated entry dengan mood yang stabil dan gembira.. suasana hari nie juga lebih baek dari hari hari sebelumnya. macam biasa first person yang akyn kena jumpa before melangkah masuk kawasan sekolah adalah 'Mak Guard'..
'Aunty, good morning!'
'ooo good morning cekgu.. lawa nya anak2 dara hari nie'...
(pergh! tersentap.. first time orang-orang kat sekolah nie puji kami.. apa yang bole buat, seenyumm jer sampai ke telinga.. ngee ^_^)
macam biasa..pagi-pagi kena 'check in'.. lepas tuh beransur ke bilik guru tercinta..duduk tempat semalam (dah macam conferm tuh tempat akyn..haha) then mulakan tugasan harian.. hari nie mengukut perancangan akyn dan yan kena ganti kelas.. satu darjah 3 satu lagi darjah 5. sebenarnya, ganti kelas nie atas request kami.. rajin kan..haha..nie sebab nak mudahkan interaksi dengan pelajar untuk tugasan yang diberikan.. just 30 minutes.. tak lar lama sangat.. hari nie juga semangat terlebih-lebih.. 30 minit before masuk kelas, kami pi breakfast dulu. masuk cafe guru dengan ala-ala guru sejati.. pilihan menu hari ni nasi lemak. fuh! sedap beb.. terduduk kenyang den cakap.. :)
»-(¯`·.·´¯)->INI KISAH KELAS DARJAH LIMA<-(¯`·.·´¯)-«
Dengan ala-ala guru yang menepati waktu, 10 minit before kelas akyn dah start mendaki.. makk aihh... tingkat empat pulak kelas darjah 5 Bestari nie.. baru nak cadangkan kat GB suruh tambah lagi satu tingkat.. baru terasa nak mendaki gunung kan.. =,='' naseb baek pakai kasut tumit rendah jer.. kalau tak.. mau akyn cabut kasut masa mendaki uh.. setelah dikira didarab dibahagi dan ditolak, naik turun tangga hari ni ada dalam 108 anak tangga kami naik turun.. (rasa-rasa berat dah turun lagi nie) kelas kosong waktu kite orang sampai. jenguk bawah.. conform! budak 5 Bestari nie tengah tunggu akyn dekat padang.. tiba-tiba ada seorang budak nie jerit,
'cekgu, jom lar turun padang..ajar kami pj..'
'tak bole kamu naik dulu..cekgu ada benda nak buat nie. lagipun cekgu tak pakai baju pj..'
'alaaa..cekgu nie....' (first time akyn mengecewakan dorang)
Masa sesi dalam kelas, macam biase.. akyn introduced diri..perkenal nama..datang sekolah dorang nie buat apa...blabalabla....
'ok, hari nie kita nak maen riddles.'
'cekgu, ape tuh riddles?'
'adess..riddles tu lebih kurang cam teka-teki..' (sambil menulis perkataan 'riddles' kat papan hitam) 'lepas nie kamu semua bole beritahu perkataan baru nie dekat cekgu english kamu..'
'ok cekgu!'
'ok, before that........'
'cekgu! kami tak faham english!...'
'ok, fine!..' (redha je ngan perangai dorang)
Sesi permainan pun bermula.. lebih kurang 7 soalan yang di tanya.. dan pelbagai respond yang akyn juga jawapan yang kelakar dan tak masuk akal.. biasa lar.. jawapan budak darjah lima kan..
soalan: 'daun apakah yang tiada dahan?'
jawapan: 'daun plastik', 'daun kelapa', 'daun teh' (mengikut kumpulan)
reaksi: akyn mampu tahan gelak je.. hahaha :D
Sedar tak sedar setengah jam berlalu.. cepat sangat..tugasan Linguistic pun tak sempat buat.. lastly mintak pertolongan dari sorang murid nie pi library waktu rehat.. nak 'uji' dia.. (muka dia dah cuak masa nie)
|
fake! penyayang nyer cekgu akyn.. haha... |
|
nie izwan... budak paling pandai dalam kelas 5B |
|
gile fake.. haha... |
»-(¯`·.·´¯)->INI KISAH KELAS DARJAH TIGA<-(¯`·.·´¯)-«
Waktu 12:05 pm.. lamanya rasa menunggu kelas darjah 3 Arif.. oleh sebab tak mahu menambah dakian anak-anak tangga, akyn pun buat keputusan lepak dekat library.. dalam duduk buat kerja dan berbual, tiba-tiba ada kumpulan pelajar masuk.. satu kelas beb.. libarary nie sikit punya 'besaq'.. di tambah pula dengan semerbak bau haruman pewangi semulajadi dorang, 'STOKIN!'.. pergh! terbaik kan.. tak tahan beb.. last-last ambik keputusan keluar.. baek akyn tunggu depan kelas tu..dapat sikit diriku ini bernafas.. alhamdulillah =,=''
Masuk je kelas,
'assalamualaikum cikgu!' (berlagu-lagu dorang bagi salam)
'waalaikumussalam.. duduk..' (erk! 41 orang sekelas.. )
Suasana secara jujur akyn cakap memang dah macam pasaq.. kalau pi pasaq tak tau dah nak beza.. nie pasaq ker kelas darjah tiga.. budak-budak memang tak yah cakap.. satu perkataan untuk mereka semua, 'NAKAL!' yang gurl boleh lagi tahan.. yang boys, alamak.. tak dengar kata.. pot pet pot pet.... berbual tak henti-henti.. nasib baik akyn ada pengalaman (waktu Language Camp dulu) pernah juga conduct kelas.. so semua nye masih terkawal seperti biasa di bawah kawalan 'cekgu nabilah a.k.a akyn'.. macam biasa, kita maen kuiz lagi.. rasanya kuiz mendapat rating tertinggi dari undian sekelas.. budak-budak sekolah nie suka sangat men kuiz nie.. tak tahu la napa... =,=''
Wow! akyn terperanjat.. budak darjah tiga lagi hebat berfikir dan berimaginasi dari darjah lima.. sekali tanya dapat jawab.. jawapan mereka banyak betul berbanding budak darjah lima bagi soalan yang sama.. hebat! masa sesi kuiz a.k.a riddles nie dijalankan.......
'cekgu, nama cekgu nabilah yer..'
'iyer.. nama cekgu nabilah..'
'cekgu, jadi lar cekgu bahasa melayu kami..'
'erk!! .....' (tak mampu ke menjawabnya)
Kelas hari ni agak mencabar mental dan fizikal.. masa sesi kuiz berakhir, akyn ala-ala guru penyayang nie nak bagi something or rewards pada dorang.. masa nak bagi tu, (speechless).. berebut-rebut dorang ambil gula-gula dan cumi.. bayangkan, akyn diri tengah-tengah di kelilingi seramai 41 orang murid duk berebut menda uh... hey dorang nie.. tak pernah makan gula-gula ke hape.. even macam tu pun, akyn tetap gembira.. satu perkataan, 'HAPPENING!!'.....
Habis kelas, kami pi jumpa GPK 1 sekolah.. ouh! ****.. jumpa dat annoying person.. spoil mood ku.. nasib baik kelas dah habis.. jumpa GPK 1 nak mintak...........
'puan, esok ada kelas kosong lagi tak? tadi tak sempat nak buat tugasan.. kejap sangat setengah jam..'
'ooo ada.. esok 13 cekgu tak da.. jap saya check jadual..'
'puan, kalau boleh kami nak kelas tadi, 3 Arif dengan 5 Bestari..'
'boleh jer.. tadi kamu rasa kan realiti dalam kelas.. tak sama macam kamu di maktab dengan kawan..'
'yer.. tak sama.. dorang just nakal sikit.. tapi kami still boleh handle..'
(kami tersenyum...)
Hari ni konklusinya memang happening dan best.. banyak benda akyn belajar.. dari sekecil-kecil benda, sehingga sebesar-besar perkara... even penat mengalahkan lari 2.4 km, tapi akyn enjoyy!! (tetiba rindu pula kat maktab..ngee )
|
time discuss bersama grup *dak kecik je bole buat camnie* |
|
opss! sensored... hahaha |
|
yan dan murid 3 Arif yang happening |
p/s: esok akyn masuk kelas sama.. before balik singgah shopping beli someting.. 'kamu semua, esok cekgu akyn nak bagi hadiah lag..' ^_^
p/s/s: mengharapkan hari esok lebih baik dari hari nie...