Rakyat Jelata

Saturday, June 4, 2011

"GiveAway EdY : Jangan Main-main!"

"GiveAway EdY : Jangan Main-main!"

Jom.. jom... jom kite join GA dari Edy dari The Beauty In Ugly!!
akyn tag my sis.. Eima.. 
Tarikh Tutup : 11.59 pagi pada 14/6/2011

p/s: 13 jun.. hari yang di tunggu~

keberkatan bulan rejab...

Assalamualaikum....

Untuk sekadar perkongsian bersama... seperti yang kita (umat Islam) sedia maklum, bermula dari hari ini iaitu 3 Jun mengikut kalendar Islam, kita telah memasuki bulan Rejab.. Alhamdulillah.. kita masih lagi diberi kesempatan bernafas dan menghuni di muka bumi milik tuhan ini... jadi sempena bulan yang diberkati Allah ini, marilah kita memperbanyakkan amalan sunat disamping meningkatkan lagi amalan wajib kita (mood penceramah)... 

Di antara kelebihan berpuasa di Bulan Rejab ini adalah:: 

=> Mendapat syurga tertinggi iaitu 'Firdaus'
=> Akan dilipatgandakan pahalanya
=> Dibuka baginya 8 pintu syurga
=> Selamat daripada bala dan juga fitnah Dajal 
=> Selamat daripada azab kubur
=> Ditutup daripada 7 pintu nerakan dan dibuka 8 pintu syurga


Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.   


p/s: untuk maklumat lanjut sila rujuk sumber INI 
p/s/s: pic ihsan incik google..

Friday, June 3, 2011

Jatuh Cinta Lagi......

Yupss!! akyn dah jatuh cinta... jatuh cinta dengan drama bersiri 'Nora Elena'... :)

Kini Nora Elena dan Seth di mana-mana.. sekarang dah jadi fenomena dan demam drama bersiri tv3 yang telah di adaptasi dari novel terbitan Alaf21 iaitu 'Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha.. tak silap akyn novel nie dah ada since akyn sekolah menengah.. kira dah lama jugalah.. novel nie best... sama hebat macam novel ombak rindu dan bicara hati..olahan jalan cerita pun menarik.. tapi, kalau nak dibandingkan dengan drama bersiri 'Nora Elena' nie agak lain sikit.. maybe ade part yang di buang dan di tambah untuk memantapkan lagi jalan cerita drama ini.. yelah kan.. mana nak sama dari bentuk penulisan ke lakon layar.. apa-apa pun antara novel mahupun drama, akyn rasa kedua-dua nya best...

antara pelakon yang menjayakan drama bersiri ini..

sebahagian barisan pelakon Nora Elena

kasih yang suci=nora elana

p/s: pic dari ihsan encik google..
p/s/s: suka lagu-lagu dalam drama nie..

Sekadar Bermuhasabah Diri

Assalamualaikum... 
Allah akan menurunkan setiap ujian dan dugaan kepada setiap hambaNya yang di rasakan mampu untuk menghadapi dan menangani ujian tersebut.. jadi, tiap kali ujian yang datang kepada kita merupakan sebagai peringatan yang Allah sentiasa mengingati serta menyayangi kita kerana ujian serta dugaan yang di datangkan itu lebih mendekatkan kita ke pada NYA.. di sebalik ujian yang diberikan itu nescaya mempunyai hikmah serta kebaikan yang tersembunyi..

Untuk perkongsian bersama::

Maher Zain - Insha Allah

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side



Ukays- Bila Diri Disayangi

Bila kusedari diri disayangi 
Langkah kaki ini semakin berani..
Bila terkeliru
Ku ucap nama Mu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang disini
Dibawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri.......



p/s: semua orang tidak sempurna...

Thursday, June 2, 2011

Bercerai Selepas 5 Minggu Berkahwin??

Assalamualaikum....

'I Made A Terrible Mistake'

 

Dunia..dunia... apa dah jadi agak nye.. bile nak kawin heboh satu kampung... panggil press sane sini.. satu dunia tahu.. ye lah.. pasangan hebat di Raja kan.. opkoz kena ada publisiti.. nak, nak  Prince William dan pasangan nya Kate Middleton.. isk..isk.. ingat kawin nie main-main ke.. nak kawin punya lah susah.. ambil masa berbulan..bertahun... tapi bile nak cerai kejap je.. juz amek masa lima minggu.. ulang.. Lima minggu k.. (emo seketika)...


Ulasan dari Prince William dari sumber INI... 
 "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place,"
Dan lagi......
"People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again."

Dan ini antara pic kenangan manis ketika hangat di lamun cinta seketika dahulu.....

sedang hangat di lamun cinta

pasangan di Raja yang bertahan hanya 5 minggu..

p/s: camnie lar dunia sekarang.. masa bercinta semua manis..
p/s/s: tak sure lar nie berita benar o palsu..

Wednesday, June 1, 2011

Sunyi Bukan Bermakna Hilang...

Assalamualaikum..
Em.. sudah hampir berbulan-bulan rase nye tidak meng'update'kan diri di belog nie.. last entry akyn 13 April 2011.. sekarang 1 Jun 2011.. tengok..tengok.. lame kan.. fuh~ bukannya malas tapi terlalu banyak tugasan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selaku pelajar a.k.a penuntut di Ipg tercinte (pelawok).. sekarang nie akyn sedang bercuti selama 3 minggu.. lame ke tak.. opkos la tak lama.. kejap je tuh.. so bile tyme cutie nie lar baru ade masa nak jenguk2 o update blog nie.. sekarang pun dah berwajah baru coz akyn terlalu borink dengan yang lama.. haha.. actually header un ade orang yang tolong watkan.. so, tengs to dat person.. hihi :)

Ok.. sepanjang hampir dua bulan menghilang nie, sure banyak cerite dan aktiviti yang akyn nak kongsi.. memula dengan BIG (Bina Insan Guru)=> wajib attend oleh guru2 pelatih IPG... then dengan Final Exam nye yang tersangat la 'senang'... dua nie antara event besar yang akyn turut involve.. yang sampingannya macam family day untuk blok ostel akyn, overnight, jalan-jalan sekitar KB, hockey n netball tournament dan lain-lain (dah lupe coz banyak sangat)... rasanya sepanjang sem 1 nie, banyak sangat dugaannya.. dari segi kawan-kawan, pelajaran, persekitaran dan sebagainya.. tapi, alhamdulillah, akyn berjaya tamatkan sem 1 (degree) nie dengan jaya.. tapi tak berapa nak jaya coz jawab final exam macam sengal je rasanya... mintak2 lar akyn dan rakan2 mendapat result yang cemerlang... amiin~

So, sebab akyn nie bukan yang jenis rajin menulis 2,3 page, akyn nak skip terus kepada pic2 yang sempat di ambil sepanjang aktiviti yang akyn sertai..... 



nie masa BIG (after water confident)


banner kami..


masa menaiki boat menuju ke pulau herba





family day wif azwa, nani n me



wif mu teammate.. mengupas epal..


Ok.. rasanya dah cukup.. kemalasan bermaharaja lela... jumpa lagi di next entry~


p/s: kulit burn teruk sebab BIG nie..

Wednesday, April 13, 2011

::entry pendek::

(Entry Pendek dari Orang Panjang)
Almost dua minggu x berblogging dek kerana kesibukan 
meluangkan masa bersama cinta-cinta hati akyn, 'incik ment'..
dari pagi ke petang..petang ke malam.. malam pula ke pagi..
senang citer 24 hours berdating, bergayut dengan kekasih hati tu...
hari nie pula kena hantar kekasih hati 'cik falsampah' ke tempat spatut nye..
soriee yer. akyn dah tak sanggup simpan awk.....
terasa sngguh terbeban... tatkala menghantar awk tadi...
sayu sungguh hati ini.. oleh kerana selama dua minggu bersama, 
akyn buat-buat tak tahu dengan awak... maaf yer awak....
sebenarnya, hati nie memang kecewa sangat sangat dengan perbuatan diri sndiri..
tapi apakan daya.. menda dah jadi.. nak di ulang tidak berguna...
apa yang akyn boleh buat, juz accept apa yang di tetapkan...
kalau itu yang ditetapkan, akyn terima... 
..........................................................................................................................
 

Tuesday, April 5, 2011

A picture paints a thousand words.....

sile mengENJOYkan diri anda!!

mereka: aktiviti tiap petang

ini dia atlet kite tengah wat stretching after jog :)

akyn n zatiey masa malam briefing MUET

my favourite food during breakfast!

k.dijah after maen 'swimming pool' dekat padang..


suke nie gak!! 


part nie paling suke! sile fokus number '111' yerp .. my score!

p/s: nak upload banyak-banyak x bole.. bahaya.. huhuh

Monday, April 4, 2011

Mung-Ett.... ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali nie akyn juz nak buat dalam bentuk point jer.. macam malas sangat (memang malas un) nak tep panjang-panjang ala-ala esei nie.. hari nie (isnin, 4/4/11) merupakan hari yang memenatkan di samping membosankan! =,='' walaupun tak masuk kelas seharian, tapi rase penatnya kalah belajar straight 3 jam.. fuh! mule-mule.......

0650 a.m. 
Bertolak ke salah sekolah agama di Pasir Tumbuh.. akyn, azwa, ika, zety dan azua bertolak dengan menaiki kereta.. kereta gua kawan lar.. akyn nie ade 'kriss' jer.. huhu...

0800 a.m - 0900 a.m.
Lepas jer settlekan apa-apa yang patut, akyn dan zety kena tunggu turn kami pukul 1100 a.m. makk aih! punya lah lama kan.. apa nak buat.. menumpang kereta orang.. hehe.. kami pun amek port tebaek di kantin sekolah.. sambil-sambil uh, akyn pun amek kesempatan mengisi perut yang memang 'berkeroncong ala-ala dondang sayang' sejak mula datang lagi.. masa nie azua,ika dan azwa dah masuk 'ruang menunggu'.. tunggu masa nak di 'sembelih'.. haha

0930 a.m.- 1030 a.m.
Kali nie memang waktu kemuncak sebab student sekolah nie mula keluar rehat.. berduyun-duyun lar menuju ke kantin.. dalam duduk perhati mereka, baru akyn perasaan.. kat sini ade satu style.. pagi-pagi dah makan makanan berat.. kalau mee o nasi lemak akyn bole terima.. tapi nie nasi putih plus lauk pauk yang sememangnyer untuk makanan tengahari.. maybe dah memang di didik kowt.. :) dan akyn baru perasan lepas kawan tegur yang 'mereka' nie dah macam hari last sekolah... (sila fahamkan yer)..

1100 a.m. - 1130 a.m.
Tiba lah jua masanya selepas penat menunggu dari pagi.. masuk-masuk je tempat menunggu, examiner pun kate, 'kami nak rehat jap.. lam 30 minit gitu'.. prfft =,='' tak per.. saborr jelah kan..then kami (zety n akyn) prefer duduk menunggu didalam kelas..tyme gini lar dorang (ajua,azwa n ika) nak keluar ronda-ronda sekitar kawasan KK nie.. jeles! haha... masa check nama, baru akyn perasan.. nombor ke-3 terakhir yang akan 'disembelih' wargh!! dah lar tunggu dari pagi.. then nama last-last lak.. naseb-naseb.. nasib baik gak lar akyn ngan zety se'group'.. selamat~ hehe.. 

1200 p.m.- 1230 p.m.
Masa yang sangat-sangat-sangat meletihkan plus memborinkan.. duduk didalam kelas yang mempunyai kipas yang tidak berfungsi, memang satu penyeksaan.. huhu.. dalam dok howt tu, akyn ngan zety sempat tidoe lagi.. hahaha.. bayangkan.. semua (dalam 11 orang) tengah dok tencion baca buku lar kertas lar discuss lar tapi kami buat apa?? buat taik mata... teruk kan.. tak tahan beb.. dok menunggu dari pagi.. mana tak letih.. (alasan..) bangon tdoe..bangon lagi then tidoe balik.. hahaha.. itulah kerja kami sepanjang menunggu turn.. kami pun cerdik bin pandai.. gaya masuk kelas macam konferm-konferm dapat turn awal.. sampaikan tak bawa apa-apa melainkan slip dan IC.. haha.. tengok-tengok kami orang last... memang terbaek lar kan.. =,=''

0130 p.m. - 0215 p.m. 
Finish! alhamdulillah even memang teruk giler ark... bak kate orang benda dah lepas jangan dikenang.. so, let's forget it! =,=''

0220 p.m - 0300 p.m.
Before balik seperti biasa (macam biasa je) kami akan singgah lunch dulu.. tempat pilihan driver a.k.a my rumate adalah mydin mall KK.. haha.. kata nye nak jimat.. baru teringin nak makan KFC :(.. 

0310 p.m 
Alhamdulillah.. sampai jua di maktab...^_^

azua n zety

akyn n azwa

nie sebahagian bagunan di sekolah nie ..

tempat akyn kena 'sembelih'.. haha

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesi Petang...

Macam biasa.. akyn kalau tak de hal mesti akan turun tiap-tiap petang berjogging plus maen netball plus cuci mata.. haha... petang nie tiga orang je yang join..kak dijah, yunie n me.. yang laen-laen sume follow  antar my classmate pi stesen bus KB...  

haha.. hebat k.djah men..

kalau nie lagi hebat.. tengok aksi dah tau.. :)

So, itulah rutin akyn tuk ari nie... berhenti setakat nie.. penat sudah jari-jari ku tep nie... 
adioss~
p/s: maseh kat ika n azua.. :)
p/s/s: maseh kat semua n jangan mara.. ^_^ 

Friday, April 1, 2011

Belajar Membina Ayat : Saya & Kawan Saya...

Mari belajar membina ayat....


.....::Ini kisah SAYA dan juga KAWAN saya:.....
Saya ada kawan..
Kawan saya baik orangnya..
Saya suka kawan dengan kawan saya..
Saya suka dibelanja oleh kawan saya..
Kawan saya telah belanja saya..
Saya buat muka selamba, padahal dalam hati punyalah gembira..
Kawan, saya happy sangat-sangat..

Saya suka membuli kawan saya..
Kawan saya selalu dibuli oleh saya..
Saya suka tengok kawan saya bengang+nanges+mara dengan saya..
Bila dia begitu, saya buat muka tak bersalah sambil kata, 'sorilah beb..' 
Kawan, bukan niat saya untuk membuli..
Tapi itu sekadar ingin bergurau...
Jahatkan saya.....

Kawan saya takot cerita hantu..
Saya suka tengok cerita hantu.. 
Saya telah membuli kawan saya..
Kawan saya macam nak nanges dan lari keluar bilik..
Saya tak mintak maaf pun..
Bahkan teruk saya gelakkan die..
Jahatkan saya.....

Saya selalu ugut kawan saya...
Mintak macam-macam dekat dia..
Mesti kawan saya begang dan stress dengan saya..
Kawan, saya tak bermaksud begitu..
Saya ugut tak bermakna saya akan buat...
Saya memang begini...
Jahatkan saya...

.........................................................................................................................

Kawan..
Terima kasih untuk semuanya..
Walaupun saya agak nakal dan jahat, 
kamu tetap mahu berkawan dengan saya..
Saya sangat terharu...
Kawan.. perwatakan saya memang begini..
Kalau yang duduk senyap itu, bukanlah diri saya sebenarnya..

Kawan...
Jika saya ada membuat kesilapan, tegurlah..
Saya tidak mahu melanggar batas-batas dalam berkawan..
Kalau saya membuat kesalahan..
Maafilah saya kerana.... 
sesungguhnya saya bukan kawan yang sempurna...


I bully my friends because I love them <3


p/s: dah lama tak belajar buat ayat :)
p/s/s: terima kasih kawan-kawan saya..

H☺A☺P☺P☺Y - ZONE!!

Thursday=> 31 Mac 2011
Mo0d=> happy n happy n happy n happy....

I juz want to say dat im really happy rite now...
i didn't expect wut had happened last thursday..
wut can i say im really happy rite now.. haha. 

♬ ♫ ♪ ılıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|llılı ♪ ♫




p/s: entry kali nie juz untuk suka2....
p/s/s: sila jangan 'bahan' okey.. :) 


Sunday, March 27, 2011

Rindu nyerrr.!!!!


Rindu nyerrr dekat..............
rindu kat padang ipkb..
rindu nak maen netball n jogging...
rindu nak maen badminton....
rindu nak wat aktiviti gile-gile pagi jumaat..
rindu kat cafe even makanan kadang-kadang mahal..
rindu kat kelas yang dah berhabuk seinci uh...
rindu dekat my kriss... :)
rindu dekat bilik walaupun balik-balik jer bilik dah macam dilanda garuda (nie kerja kakak o makcik yang tumpang masa cuti..)
rindu dekat blok kesayangan...
rindu dekat tingkat tiga yang tersangat lar rendah..
rindu dekat RO water... 
rindu dekat lecturer (nie tak bape jujur..haha)
rindu dekat kawan-kawan..
rindu dekat my sis...
(berhenti jap.. pikiq nak rindu sapa lagi..)

rindu dekat pintu pagar maktab..
rindu dewan wawasan..
rindu nak nyanyi lagu pagi-pagi...
rindu nak online guna wifi maktab yang 'laju'..
rindu nak tidoe sambil tendang-tendang teddy.. haha..
rindu nak tidoe mase assembly..
rindu nak keluar jalan-jalan hujung minggu...
rindu nak kena berleter dengan lecturer...
rindu nak 'tension-tension' bile esement menimbun...
rindu nak kacau o bahan member...
rindu nak tengok movie same-same ngan member...
rindu nak sedey-sedey bile ade masalah ngan member..
rindu nak merasa 'orang miskin' bile hujung minggu...

(berhenti.. tarik nafas jap... semput akyn.. haha)

ok.. dah lar kan.. kalau nak disenaraikan, memang tersangat la banyak.. tapi.. dalam banyak-banyak rindu, akyn paling rindu saat-saat di rumah bersama family tersayang.. walaupun kadang-kadang memang borink, tapi tuh kan family kite.. maybe dengan kehadiran kite bole membuatkan mereka gembira dan terhibur.. sedikit sebanyak terubat rindu pada anaknya yang sorang nie.. haha...tapi, bile berada dekat hostel, rindu pulak pula suasana di rumah..

Rindu nyerr......
rindu dekat family..
rindu nak maen badminton malam-malam dekat court...
rindu nak kena berleter n mara-mara sebab bangun lambat...
rindu nak dengar usikan ibu n akak (akyn selalu jadi mangsa)
rindu nak mara n gaduh-gaduh dengan my siblings..
rindu nak tidoe sampai waktu subuh.. (kadang-kadang tak tdoe un..) 
rindu nak ber'facebook'ing n ber'ym' secara maharajalela...
rindu nak makan masakan ibu..
rindu nak makan roti canai n beger malam-malam..
rindu nak emo-emo dekat rumah...
rindu dengan adam rayyan....
rindu nak bershopping dengan family...
(stop sebentar bersama chipsmore..)
rindu nak pi maen bowling, go-kart, wayang dengan my sis..
rindu nak kikis duit my sis.. haha...
rindu nak pi rumah kawen bile hujung minggu..(akyn suke bangat dengan nasi minyak)
rindu nak buat-buat hebat drive kereta.. haha..
rindu nak maen ps2 dan psp kepunyaan my bro..
rindu nak masak-masak n buat kek...
rindu nak mengayat sambil mengikikis duit nenek..(adeh! asyik kikis jer.. )
rindu nak spend whole day hanye dengan duduk di rumah meng'online' kan diri... 
haha... akyn rase memang banyak yang tak tersebut... nie maybe half part je.. laen masa dan ketika kita continue k.... Daa~ 

p/s: apa-apa yang pelik kat atas harap memahami nye.. haha... 
p/s/s: rase tak sedap badan..cam nak demam :'(

Saturday, March 26, 2011

Ini Sebuah Cerita dan Pengalaman...... [Part 5]

Final Part:: SBE ku sudah berakhir... 

Assalamualaikum.. tanggal 25 Mac bersamaan hari jumaat, program SBE akyn sudah  pun berakhir.. bermacam-macam pengalaman pahit dan manis ditimba sepanjang SBE nie berlangsung.. maybe experience kali ini, akyn bole memanfaatkan nyer ketika ber praktikum atau keluar bekerja kelak.. Insya'allah... 

Semalam, tak banyak perkara yang berlaku.. seharian duduk di pejabat berkolaborasi bersama barisan GPK sekolah dan juga tuan GB.. pagi-pagi lagi, akyn dan yan dah bersiap-sedia nak jumpa dengan GB buat kali terakhir.. siap bawak souvenir agi.. ketaq lutut weyh.. kali nie kami berazam tak nak kena 'bahan' dan psycho lagi macam first day.. so masing-masing dah  sedia  mengarang ayat untuk berdepan dengan GB.. pagi tuh GB agak busy.. so kalau nak jumpe beliau kena take turn.. akyn dengan persiapan rapi dok tunggu di depan bilik nye.. tiba-tiba....

cekgu A: 'kenapa kamoo berdua berdiri dekat situ..saya tengok dah macam murid kena tindakan salah laku displin jer..' 
akyn: 'adess... erk.. kami nak jumpe GB..' (masa nie tuhan saja yang tahu... maluu nyer.. kena tegur gitu..)

Duduk dalam bilik GB akyn rasa macam duduk dalam bilik ketua displin masa zaman sekolah dulu-dulu.. tertib je.. dari segi percakapan dan perbuatan.. gile fake! haha.. part nie akyn suke.. sepanjang hampir sejam duduk bersama beliau, banyak nasihat dan teguran yang diberi.. actually, GB nie tak la kejam sangat.. just die tegas ketika bekerja.. ada antara nasihat beliau yang akyn ingat.....
GB: 'kamoo bile dah keluar jadi guru, berkhidmatlah sehabis baek.. jangan sesekali kedekut ilmu dan tenaga.. walaupun dah jadi guru, tapi ingatlah asal usul kita.. dari mana kita datang.. dan jangan sesekali merungut ketika mendidik murid-murid lemah.. sebab dari merekalah kita mendapat kerja dan gaji... ' 
(ini antara pesanan serta motivasi yang diberikan kepada akyn)
Fuhh!! lega nyer tuhan je yang tahu.. selesai sudah berjumpa dengan GB.. then akyn pun snap-snap pic buat kali terakhir bersama beliau dan barisan GPK... ala-ala gaya tak segan........
akyn: 'puan, saya nak ambil gambar dengan puan bole..'
GPK: 'erk.. boleh ajer..' (sambil mengemas mejanya yang berselerak)
(akyn menuju ke kakak pejabat)
akyn: 'akak, boleh tak tolong ambil gambar kami?'
akak: 'ouh.. bole-bole..'
(nasib baek akak uh sporting.. haha)


Tepat je pukul 10 pagi, kami pun cabut ke cafe guru.. lapaq beb.. dari pagi tak makan.. tambah pula waktu nie GPK 1 belanja semua guru dan staff... (beliau dapat naik pangkat jadi GB) termasuklah kami  berdua sekali.. menu hari nie nasi bukhari+ayam masak merah (pedas kaw-kaw)+(akyn tak tahu nama lauk nie..) dan juga pencuci mulut yang tersangatlah sedap... marvelous.. ngee ^_^ 


After makan, akyn pun decided nak meronda kawasan sekolah buat kali terakhir.. mendaki sehingga tingkat yang ke-4.. masuk library.. jalan-jalan jenguk kelas dan masuk bilik guru.. sayu je rasa..even layanan tak la terbaek, tapi rasa macam dah biasa.. especially dengan murid kelas 3A dan 5B.. wargh! pasti akyn merindui untuk membuli mereka... hahah... (sila jangan contohi yerk!) akyn rasa dari awal SBE hingga lar ke hari akhir, akyn amat punctual yerp.. especially waktu balik.. so, tepat je jam 12.15 tengahari, akyn dan yan pun cabuutt.... sign untuk kali terakhir.. keluar pintu sekolah after bersalaman ngan aunty guard yang sporting.. masa akyn lalu depan bus stop depan sekolah.....


murid 3A: 'bye bye cekgu nabilah..'
akyn: ' erk.. bye bye..'


Kembang hati pabila di sapa oleh seorang murid.. hehe.. beginilah rutin akyn selama seminggu ber'SBE' dan berkampung di sekolah.. after ni maybe akyn dah tak serajin nie nak updated entry-entry terbaru.. sebab for sure after diz timbunan assignment akan menanti... so kepada budak pelik (sile paham-paham sendirik), rakan-rakan, warga sekolah dan juga family, akyn nak mengucapkan ribuan terima kaseh tak terhingga.. tanpa korunk semua, SBE kali nie mungkin tidak akan terlaksana.. :)


pic untuk kali terakhir::


lambaian terakhir dari mereka...

bermain kereta api... kanak-kanak katakan...

hadiah tak seberapa dari kami.. memang tak bg simpan un.. haha...




p/s: alhamdulillah~ lega sbe dah habis.. tapi esement berlambak tak buat... wargh!!

Thursday, March 24, 2011

Ini Sebuah Cerita dan Pengalaman...... [Part 4]

¸.·´¯`·.´¯`·.¸¸.·´¯`·.¸><(((º>   HOLLA

Assalamualaikum.. updated hari ke-4..
Rutin hari ni sama macam semalam.. datang sekolah..check in..duduk di bilik guru.. then pi minum pagi... hari nie kelas akyn pukul 9:15 a.m. dan 12:05 a.m. macam semalam.. hari ni akyn dan yan kena ganti kelas matematik bagi darjah 3 dan 5.. hari nie masa agak panjang.. kite orang kena ganti 2 masa (bersamaan satu jam) bagi kedua-dua kelas.. penat sungguh.. pagi-pagi lagi kami dah mula mandaki.. tak payah exercise lari keliling padang.. mendaki tangga 4 tingkat dah cukop buat kami tercunggap (ceiiit! dah macam orang tua daa)..

—=======[KISAH DARJAH TIGA ARIF]
  
Kelas pertama untuk hari ini.. perancangan hari nie bukan untuk mengajar matematik, tapi nak main games.. kanak-kanak kan suke games.. so akyn pun decided nak maen 'act and guess'.. permainan nie akyn pernah main waktu kelas linguistic.. tak sangka berguna jugak benda nie.. sebenarnya, akyn nak guna english words.. tapi dorang bermati-matian tak nak.. dorang kata tak paham.. so nak tak nak kena gak translate ke bahasa melayu.. masa permainan nie, macam-macam kerenah akyn tengok.. ada yang excited..ada tak berminat.. ada yang malu-malu.. biasalah tu.. budak-budak kan... antara gelagat yang menarik perhatian akyn......

perkataan pertama: Tandas
student A: 'erk! cekgu, macam mana saya nak lakonkan tandas?'
akyn: 'awak buat-buat la macam tengah buang air..' 
student A: 'hah!! macam mana pula tuh..'
akyn: 'cekgu tak kira.. awak kena buat gak..'
(gile kejam akyn..buli budak-budak nie.. haha)

Tau tak.. student A tadi buat betul-betul.. siap mencangkung bagai nak tunjukkan dia tengah buang air.. haha.. yang tak tahan, dia siap buat gaya tengah 'mencebuk'.. masa nie akyn gelak sakan lar.. kesian dia.. muke blushing habis.. dah la gurl... hahahah.. oleh sebab budak-budak nie terlalu pandai meneka, akyn pun tukar plan.. kali ni akyn suruh dorang teka tentang 'simpulan bahasa'.. hambek ko! tadi senang sangat kan.. haha.. 

SB pertama: kambing hitam

Masa ni memang pecah perut.. macam-macam gaya ada nak describe 'kambing hitam' dan berbagai-bagai jenis jawapan keluar dari mulut dorang... kambing tanduk, kambing telefon, rambut kambing, gigi kambing, bulu kambing dan lain-lain.... memang enjoy time nie.. akyn rasa patut lar dorang suruh akyn jadik cikgu bm dorang.. (erk! terasa salah masuk opsyen pulak).. macam biasa, kalau cekgu akyn masuk kelas, mesti ade ganjaran.. hari nie suma dapat gula-gula n roka (coklat).. puas hati tengok muke gembira dorang.. memang patut dorang gelar 'cekgu sweets' sebab hari-hari bagi gula.. :) before keluar kelas, akyn buat 'ayat' cikit.. macam kata-kata akhir...

akyn: 'hari nie hari terakhir cekgu masuk dan esok last day cekgu kat sini..'
sekelas: 'alaa.. cekgu nape kejap sangat.. ajar terus la kat sini..'
akyn: 'tak bole..cekgu belum jadi guru lagi.. sapa-sapa nak jumpe cekgu bole datang bilik guru..'
sekelas: 'urrmm... baek cekgu.. esok kami nak jumpa cekgu..'
(kalau dorang betul-betul mai BG habis lar akyn... roboh BG nanti dengan 41 orang murid..)

yan semasa memberi arahan..

murid tahun 3 Arif

—=======[KISAH DARJAH LIMA BESTARI]

Hari ni akyn masuk lambat.. lambat 10 minit.. sampaikan ada dua orang pelajar pi 'jemput' akyn dan yan di library.. terharu beb! siap offer nak bawakkan beg... masuk-masuk kelas, dorang terus jerit, 'yeah!!, cekgu masuk lagi..' haha.. macam kelas darjah tiga tadi, kami decided nak maen 'telefon rosak' dan 'act n guess'.. mula-mula gune ayat english.. adeh! lintang pukang jawapan nye.. macam-macam versi ada.. then akyn pun tukar bm pula.. keadaan kelas masa maen, punya lar bising.. masing-masing nak menang.. then, akyn pun terus cakap (sambil memegang bulu ayam).....

akyn: 'syuhhh.. senyap sikit.. group sapa bising, cekgu tolak markah..'
sekelas: 'baek cekgu..' (time nie sume senyap.. tekun dengar akyn cakap)

sampaikan ada group yang dapat 'mines' mark sebab bising sangat..(masa nie akyn berlaku kejam lagi..haha) masa tengah-tengah main ni, ada sorang murid bertanya kepada yan (rakan akyn)....

student: 'cekgu mesti anak orang kaya kan..'
yan: 'erk..tak la.. kenapa kamu cakap macam tu?'
student: 'tuh... (merujuk jam tangan yan) cekgu pakai jam tangan lip lap.. warna emas lagi..'
masa nie akyn mampu ketawa je.. haha.. tak tahan beb..hahahah....

habis je sesi permainan, masing-masing dok mintak signature, fb lar, no telefon lar dari akyn dan yan.. wah! dah macam artis.. beratur panjang dorang.. sanggup koyak mana-mana kertas.. lepas dapat siap salam.. haha.. kanak-kanak katakan...

semangat budak-budak nie nak teka..
masa nie tengah tengok sorang murid nie melakonkan 'buah mulut'

pergh! pandangan tajam..haha.. masa nie tengah tengok dorang berlakon..

hari nie memang best..penat pun penat tapi sebab hati dah terhibur dengan gelagat dorang, penat pun hilang..tak pa lar berhabis sikit, asalkan dorang happy.. esok final day.. semoga hari esok berjalan dengan lancar.. amin~

p/s: sedey dah tak dapat masuk kelas dorang.. :(
Related Posts with Thumbnails

generasi pendidik millenium..

Daisypath Friendship tickers